Wednesday, 2 January 2013

Mengapa Lelaki Sukar Lafaz Sayang Pada Isteri

Itulah tajuk kali ini. Sebabnya lelaki sebenarnya orang yang paling mudah mengucapkan sayang pada sesiapa sahaja kecuali isteri dan anak-anak. Saat bercinta mereka amat mudah ucap sayang dan sewaktu dengannya kepada teman wanita, berbeza dengan wanita yang amat sukar mengucapkan sayang walaupun pada orang yang mereka sayang, keberanian wanita hanya datang setelah mendapat layanan sedemikian dari pasangan mereka.

Lelaki juga sewenang-wenangnya bergurau dengan rakan sekerja dengan panggilan sayang walaupun mereka telah berumahtangga. Tetapi bila pulang ke rumah, mereka boleh dikatakan orang yang berbeza, serius dan membosankan.

Sebelum berkahwin, merekalah lelaki sejati, rakan-rakan lelaki juga tidak berani kritik teman wanita rakan mereka tapi mereka berani mengkritik isteri rakan mereka sebagai contoh queen control dan takut bini. Kadang-kadang bila berbual dengan rakan-rakan, saya hairan bila ada mengatakan rakan lelaki takut bini. Saya jadi confuse dan berkata, okeilah dia layan isteri jaga anak dengan baik bukannya gf, kalau gf memang over la dan mereka pun nampak bahagia. Saya hairan bila para suami tidak rasa segan mempertahankan ibubapa dan adik-beradik daripada dikritik tapi malu mempertahankan isteri dan anak-anak sedangkan isteri dan anak-anak lebih berhak mendapat perlindungannya berbanding adik-beradik. Isteri dan anak-anak termasuk kategori tanggungjawab sedangkan adik-beradik adalah dalam kategori sedekah. Tidak bolehkah bila rakan mereka kata isteri mereka queen control, dia merasa sakit hati memikirkan susah payah isterinya melahirkan anak dan juga untuk survival suaminya, tidak bolehkah mereka berkata, "MAK BAPAK, ISTERI DAN ANAK-ANAK KO JANGAN NAK KRITIK, KUTUK AKU CUKUPLAH".
Walaupun dalam nada bergurau, sebut perkara yang tidak elok tentang ibubapa, isteri dan anak-anak orang lain adalah satu kesalahan yang besar. Sekiranya mulut laser dikatakan bergurau, marah pun bergurau jugak, aku pun bergurau, ISTERI AKU PERGI MENGAMUK DEKAT ISTERI ENGKAU NANTI PUN BERGURAU JUGAK OKEI!

Para isteri boleh berhenti mengingati hari lahir suami yang sering lupa hari lahir mereka, berhenti panggil mereka dengan panggilan istimewa. Lelaki sering ingat wanita melecehkan bila berkira tentang perkara sebegini tetapi mereka juga sebenarnya suka bila hari lahir mereka diingat dan dipanggil dengan panggilan manja atau pujian tetapi mereka tidak boleh suarakan kerana telah tersilap langkah dari awal. Kesilapan paling besar adalah tidak mahu membetulkan kesilapan. Sepatutnya slow talk, dan berpakat kembali walaupun dalam perkara remeh seperti panggilan sayang. Isteri sentiasa menunggu bimbingan dan tunjuk ajar membina dari suami.

No comments:

Post a Comment