1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Sentiasa memuliakan isteri di khalayak ramai.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya. Tidak membiarkan sahabat sewenangnya memperlekehkan rumahtangganya, isteri dan anak2 selain kedua orang tua yg pantangnya telah difahami.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap. Sentiasa tenang seperti seorang popular yg sentiasa menjadi perhatian tetapi tetap tenang fokus pada urusannya seolah tiada yg memandang.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian. Tidak mengusik-usik rakan sekerja perempuan sehingga menjerit-jerit dan ketawa.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. Jika dia begitu mengagumi ibunya sedangkan ibunya seorang yg tidak berakhlak, jauhilah dia. Menghormati dan mengagumi 2 perkara berbeza.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
No comments:
Post a Comment