Monday, 7 January 2013

10 PETUA MENJADI SUAMI MITHALI



1. Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri?

7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu.

10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

Wednesday, 2 January 2013

Mengapa Lelaki Sukar Lafaz Sayang Pada Isteri

Itulah tajuk kali ini. Sebabnya lelaki sebenarnya orang yang paling mudah mengucapkan sayang pada sesiapa sahaja kecuali isteri dan anak-anak. Saat bercinta mereka amat mudah ucap sayang dan sewaktu dengannya kepada teman wanita, berbeza dengan wanita yang amat sukar mengucapkan sayang walaupun pada orang yang mereka sayang, keberanian wanita hanya datang setelah mendapat layanan sedemikian dari pasangan mereka.

Lelaki juga sewenang-wenangnya bergurau dengan rakan sekerja dengan panggilan sayang walaupun mereka telah berumahtangga. Tetapi bila pulang ke rumah, mereka boleh dikatakan orang yang berbeza, serius dan membosankan.

Sebelum berkahwin, merekalah lelaki sejati, rakan-rakan lelaki juga tidak berani kritik teman wanita rakan mereka tapi mereka berani mengkritik isteri rakan mereka sebagai contoh queen control dan takut bini. Kadang-kadang bila berbual dengan rakan-rakan, saya hairan bila ada mengatakan rakan lelaki takut bini. Saya jadi confuse dan berkata, okeilah dia layan isteri jaga anak dengan baik bukannya gf, kalau gf memang over la dan mereka pun nampak bahagia. Saya hairan bila para suami tidak rasa segan mempertahankan ibubapa dan adik-beradik daripada dikritik tapi malu mempertahankan isteri dan anak-anak sedangkan isteri dan anak-anak lebih berhak mendapat perlindungannya berbanding adik-beradik. Isteri dan anak-anak termasuk kategori tanggungjawab sedangkan adik-beradik adalah dalam kategori sedekah. Tidak bolehkah bila rakan mereka kata isteri mereka queen control, dia merasa sakit hati memikirkan susah payah isterinya melahirkan anak dan juga untuk survival suaminya, tidak bolehkah mereka berkata, "MAK BAPAK, ISTERI DAN ANAK-ANAK KO JANGAN NAK KRITIK, KUTUK AKU CUKUPLAH".
Walaupun dalam nada bergurau, sebut perkara yang tidak elok tentang ibubapa, isteri dan anak-anak orang lain adalah satu kesalahan yang besar. Sekiranya mulut laser dikatakan bergurau, marah pun bergurau jugak, aku pun bergurau, ISTERI AKU PERGI MENGAMUK DEKAT ISTERI ENGKAU NANTI PUN BERGURAU JUGAK OKEI!

Para isteri boleh berhenti mengingati hari lahir suami yang sering lupa hari lahir mereka, berhenti panggil mereka dengan panggilan istimewa. Lelaki sering ingat wanita melecehkan bila berkira tentang perkara sebegini tetapi mereka juga sebenarnya suka bila hari lahir mereka diingat dan dipanggil dengan panggilan manja atau pujian tetapi mereka tidak boleh suarakan kerana telah tersilap langkah dari awal. Kesilapan paling besar adalah tidak mahu membetulkan kesilapan. Sepatutnya slow talk, dan berpakat kembali walaupun dalam perkara remeh seperti panggilan sayang. Isteri sentiasa menunggu bimbingan dan tunjuk ajar membina dari suami.

Petua Memikat Hati Wanita

1. Jadi seperti lelaki

Anda berkenan dengan sorang pompuan. Pastu anda memikatnya dan dalam masa yang sama anda mengujinya secara diam, dia melepasi ujian anda dan anda bangga dengan kawan. Cthnya anda menguji dengan menyuruh kawan anda menguratnya dsb.
Jangan sekali-kali buat begitu. Terus terang saya katakan, kalau dia tidak melepasi ujian anda pun, anda tetap menggilainya, jadi untuk apa ujian itu sebenarnya. Terimalah hakikat, anda sebenarnya seorang lelaki yang bodoh dengan keegoaan yang sangat tinggi. Jika anda tidak buang ego dan berubah menjadi lelaki romantis, lemah lembut dan penyayang seperti Rasulullah, anda hanya akan menjadikan hidup wanita idaman anda itu satu nightmare. Sekiranya wanita impian anda itu memenuhi ciri-ciri anda melepasi segala ujian anda bukan bukti dia cintakan anda tapi itu adalah bukti anda bertambah gilakan dia.
Apa yang sepatutnya anda lakukan adalah membuat dia jatuh cinta bukannya membuatkan anda bertambah cinta kerana anda sememangnya sudah jatuh cinta.
Perkara paling penting, jangan sekali-kali meninggikan suara, bercakap perlahan dan sentiasa tenang dalam apa jua situasi.
Ingat, jangan ingat wanita tidak tahu apa-apa, mereka selalunya pura-pura tidak tahu, mengharap anda berubah menjadi lelaki impian mereka, membetulkan kesilapan anda tetapi bila diam mereka membuatkan anda selesa dan mengambil jalan untuk mengharapkan sebarang kesilapan lampau dilupakan tanpa sebarang ucapan maaf dan pembaikian (hadiah, wang ringgit, atau sebarang pengorbanan penderitaan) sebagai bukti penyesaln, wanita akan meletup juga.

2. Jangan terlalu sombong

Sekiranya anda sedar teman wanita @ isteri anda seorang yang bijak, jangan sombong untuk mengakui kebijaksanaannya. Anda akan untung banyak perkara jika anda tidak sombong dengan orang yang bijak. Lelaki otak matematik biasanya tiada masalah mengakui kebijaksanaan wanita dan memuji isteri di depan orang ramai. Lelaki otak sastera biasanya agak sombong untuk mengakui kebijaksanaan isteri walaupun mereka sering mengambil kredit dari kebijaksaan isteri (mencedok idea2 bijak dan kata-kata bernas isteri dalam perbualan dengan rakan-rakan sepejabat), paling bagus mereka memuji pun jika isteri tiada di sisi, tiada maknanya. Pujilah isteri di hadapan keluarga ketika isteri di sisi, lihatlah penambahan berkat dalam hubungan anda, keluarga anda juga akan lebih menghormati rumahtangga anda, mula-mula anda kekok melakukannya, lama kelamaan anda akan rasa keberkatan dan keselesaannya. Anak-anak juga bertambah sayang dan menjadikan ibu bapa contoh untuknya di masa hadapan.

3. Curilah hatinya

Semua wanita mengimpikan suami yang seperti Rasulullah, yang tidak duduk diam di rumah, membuat segala kerjarumah. Mengemas dan memasak, sekurang-kurangnya ketika isteri hamil dan tidak sihat. Sekali-sekal bawakan hadiah walau tiada apa-apa occasion, selendang RM10 ringgit pun cukup untuk membuat wanita@isteri hati berbunga-bunga. Sekali sebulan pun tak apa. Bunga sekuntum sekali seminggu juga cukup mencuri hati.

4. Tunjukkan kesungguhan

Jangan takut ditolak. Sentiasa cari jalan selamat, hendak dapatkan kepastian dari wanita impian anda dulu samada dia suka anada atau tidak baru anda mahu secara terbuka memikatnya. Anda berikan senyuman 7-17kali secara senyumyi dari pandangan ramai dengan harapan dia membalas senyuman anda. Sekira dibalas baru anda berani. Wanita terutama wanita popular sudah terlalu banyak menerima senyuman, bosan dengan senyuman rahsia, dia hanya mahukan lelaki yang bersungguh-sungguh, yang tahu apa yang mereka mahu, yang melakukan sesuatu yang menarik hatinya berbanding yang lain, mungkin taburkan bunga dari atas sambil memandang dengan wajah yang cool dan relax dan berlalu, membantunya dalam pelajaran dengan memberikan soalan-soalan bocor walau dia tidak minta, nota dsb. Jangan cari waktu dia bersendirian untuk mendekatinya, itu tanda tiada keyakinan diri dan takut ditolak. Anda lelaki, ditolak tidak mengurangkan harga diri anda malah ramai wanita lain akan mengagumi kesungguhan dan keikhlasan anda dan ternanti-nanti anda meminati mereka.

5. Jangan mencari persamaan

Lelaki mungkin suka wanita yang ada persamaan dengannya tetapi tidak wanita. Cukuplah menghormati minatnya dan dia menghormati minat anda (minat yang positifla, yg negatif tu elokla dibuang tambah2 bila wanita impian anda xsuka seperti merokok). Lelaki suka berpura2 mempunyai minat yang sama dengan wanita sehinggalah warna kegemaran. Jarang wanita dewasa yang masih ada warna kegemaran kecuali mereka yang suka warna pink. Berubahlah untuk jadi lebih menarik dan lebih baik, itu sahaja, jangan fikir tentang terimalah aku seadanya apatah lagi bila anda adalah seorang dibesarkan yang lebih adat dari agama.

6. Berkawan

Jangan terus melamar untuk jadi kekasihnya. Berkawan dahulu, tapi jangan berkawan dengan otak gila-gila. Punyailah perwatakan yang dikagumi, ringan tulang membantu yang susah, bercakap dengan nada perlahan, bantu wanita impian anda walau dia belum mengenali anda dan jangan terus berkenalan tapi jangan sehingga anda terus hilang kontek dengannya, sekurang-kurangnya anda tahu di mana hendak mencarinya.


Caring dan prihatin dengan keperluannya. Jika dia seorang pelajar, jangan mengganggu waktu belajar dan tidurnya. Jika dia seorang berkerjaya, jangan ganggu waktu tidurnya. Tunjukkan anda mengambil berat tentangnya melebihi dirinya sendiri tapi jangan mengongkongnya pula.

5 PERKARA TENTANG LELAKI sama ngan wanita

1. Menonton Drama Bersiri

Lelaki fikir mereka xsuka tengok drama sebenarnya mereka xpunya masa, sekali mereka tengok mereka akan terus melekat seperti wanita terutama drama bersiri korea. Baru mereka tau drama bersiri korea banyak yang jalan ceritanya menarik, konflik dan aksi seperti city hunter, faith, iljimae, bridal mask, sunghyunkwan scandal dan missing you disamping menyelitkan unsur romantis. Mereka mula menonton drama bersiri korea dan muka mengkritik drama melayu yang asyik ulang konflik sama saja. KakMakBaby xminat drama melayu (mungkin sebab hero dan heroin yg xcun) dan indonesia (sebab terlalu panjang berjela pi mai pi mai tang tu).

2. Membaca

Lelaki suka membaca juga cuma lebih kepada aksi dan pertarungan. KMB pun suka juga baca komik cam dragonball dan sewaktu dengannya, zaman sekolah dulu memang buat koleksi. Tapi skang xminat dah. Sempat tengok drama korea dan movie2 yang terlalu banyak kat internet jer. Novel romantis, oh tidak! Di zaman internet ni, lebih seronok baca kat internet jer, macam2 info ada, ada masalah kesihatan sikit, terus bukak internet.

3. Bergosip

Uuuu... lelaki juga boleh tahan bergosip dan batuapi, especially dekat pejabat, lebih kurang wanita gak. Gosip ni bergantung pada individu lah, ada yang memilih untuk adi lone ranger dengan pelbagai sebab, ada yang sebab xtau nak percaya kat saper, risau ditikam dari belakang, takut dosa mengumpat dsb. Tapi golongan lone ranger tak ramai, golongan play safe yg ramai dan boleh jadi golongan tikam belakang ni...

4. Ambil berat penampilan.

Lelaki sama jer cam wanita dalam hal ini. Kalau wanita cerewet dengan tudungnya, lelaki dengan rambutnya. Lelaki mungkin anggap biasala, sikat dan minyak rambut tapi wanita dapatinya agak annoying, bila bising cari minyak rambut, xyahla bising2 bukan panjang sangat pun rambut, sikat pun memilih xboleh yang terlalu rapat nak sikat jarang, macamla rambut tebal sangat. Paling pelik, tengok cam xder apa sangat yang dipakai atau mekap tapi masa yang diambil boleh tahan lama gakla cuma timing tu lelaki start bersiap awal dari wanita so siap mereka dululah. KMB wanita so KMB tau sangatlah, wanita ni sebenarnya dekat2 last minute baru berkejar bersiap walhal banyak yang nak disiapkan.

5. Bermain bersama anak kecil

KMB ingat dulu masa remaja, bila cikgu bawa anak pergi sekolah, sibukla budak2 perempuan termasuk kengkawan KMB bermain-main dengan anak-anak kecil. KMB tengok jerla, mungkin sebab belum jadi ibu, KMB xtau rasa seronok main ngan budak melainkan budak anak saudara KMB atau budak mestilah kena comel gila dan budak comel yang capai standard KMB nak geram payahla nak jumpa. Melihatkan kepandaian, keramahan dan kegilaan kengkawan pompuan KMB kat anak2 kecil ni, jadi KMB ingatkan KMB xsuka budak2 la.

Satu hari  KMB masuk kampung kawan KMB (kiranya area diorangla), KMB berjalan dalam kampung tu bersama mereka. Tetiba ternampak seorang budak pompuan dalam 4-5 tahun duduk atas tanah tepi jalan menangis-nangis. Budak tu berkaki ayam dan sangat selekeh dengan baju yang lusuh dan rambut agak serabai. KMB terkejut tertanya-tanya dekat kawan KMB. Diorang selamba dan buat deerrrkkk jer. KMB mula berfikir pelik, anak gangster kampung ker budak kecik ni dan mungkin kawan KMB takut nak tolong. KMB tertanya-tanyala, pastu kawan KMB kata, "ko tengokla". KMB jadi confius sebab mereka yang sukakan kanak2 ni buat derk dan ini kampung mereka, mungkin mereka lebih tahu kot2 bapak budak gangster kg. durian xboleh orang sentuh anak dia kang kena timbuk dengan batu. Bila dah cakap camtu, KMB terus duduk tanya budak tu, kenapa, mengapa, bagaimana dsb tapi budak tu nangissss jer... KMB tengok dia kaki ayam, KMB tanya mana selipar dia, nangisss jer... KMB pujuk tanya pujuk tanya tapi nangis jer. KMB tanya mana rumah dia, nangis jugak. KMB angkat dia, cari selipar dia, kawan KMB tunjuk, itu seliparnya. Mak aaiii, besornya selipar, patutla jatuh budak ni, kata KMB (cam novel lak). KMB pakaikan selipar dan tanya rumah dia mana. Tetiba kawan KMB duduk dan cakap lembut2 dan tunjuk dekat KMB di mana rumah budak tu, loorrr kat depan tu jer tapi agak xsesuai la untuk budak cam dia sensorang kat situ, rumahnya sangat usang dan rupanya kengkawan KMB tau dan kenal jer budak ni, ingatkan xkenal. Pasalnya dari tadi xcakap apa-apa kengkawan ku ini. Sorang dari kawan KMB terus pimpin budak tu ke rumah dia. KMB tengok jer dan xderla nak berebut memandangkan tetiba jer kawan KMB bersungguh. Pastu KMB pandang arah lain, ke jalan yang kami hendak tuju, ada seorang budak lelaki sekolah kami berbasikal menuju ke arah kami sambil senyum memandang ke arah KMB yang xfikir apa-apa pun masa tu.

Di satu ketika yang lain pulak, kami pergi kursus motivasi, KMB antara fasilitator yang dilantik guru bersama beberapa kawan KMB. Pada salah satu hari dari hari kursus tu, salah sorang guru bawakla baby dia dalam bakul lagi, ramaila fasi2 pompuan yang mengerumunnya, KMB memang lemah bab ni, takut nampak sangat KMB xsuka budak, rasa kekok gak bila sumer wanita2 ni bergurau senda dengan baby tapi KMB xtau nak cakap apa pun kat baby tu. Sekali tu guru tu tinggalkan baby tu dekat kitorang sebab masa tu pun semua peserta kat dalam dewan, ada aktiviti. Wanita2 yang mengerumuni baby semakin berkurangan kerana ada tugas masing2 la kot. Tinggalla bertiga KMB, sorang kawan KMB (pengawas kat sekolah yang lemah lembut disayangi guru-guru dan ramai adik) serta baby itu. Legala KMB sebab kawan tu ada, tapi sekali dia buat tak tau jer kat baby tu, tambah2 baby tu menangis-nangis plak. KMB xtau ke mana perginya caring dia yang banyak tadi, KMB lah pujuk baby tu, alhamdulillah senyap la budak tu, mak KMB selalu cakap budak2 suka KMB, xdinafikan memang budak2 yang datang rumah KMB termasukla anak2 saudara yang xnak kat orang lain tapi kalau dengan KMB mereka xnangis bagi bayi dan boleh bergurau ketawa bagi kanak-kanak. Tapi itu dulu la, skang ni anak sendiri pun xsempat.

Sebelum kahwin dulu, KMB kawan dengan sorang lelaki, xleh jumpa budak mesti dia geram jer, mungkin sebab dia ada adik ramai kot tu yang mudah geram ngan budak. KMB selamba jer, mungkin budak tu xcukup comel kot. KMB cakap kat dia, KMB xgheti nak geram kat budak melainkan anak saudara KMB jer. Selepas KMB kawen dan ada anak sendiri, KMB mula rasa tingkah laku anak2 lain pun comel walau mereka xcomel dan xmenarik hati orang lain tapi KMB dah pandai tegur2 dan geram2 yang lahir dari hati tapi bukan sepanjang masa KMB camtu. Tapi bagi budak lelaki yang KMB kawan tadi plak, selepas kawen dan ada anak sendiri, xder plak KMB tengok dia geram2 kat anak orang lain cam dulu, seolah-olah biasa jerrrr, anak aku lagi comel. Atau kegeraman dia dekat budak2 sebelum kawen tu hanya lakonan depan KMB semata-mata? 


Sunday, 30 December 2012

MULUT LEPAS

Hargailah mereka yg telah berkata jujur kepadamu, karena bagi beberapa orang, mereka lebih suka mengatakan apa yg ingin kamu dengar.

Perkataan 'mulut murai' adalah bahasa kiasan dan maknanya diketahui oleh kebanyakan orang. Mulut murai maksudnya ialah orang yang banyak bercakap atau banyak berkata-kata. Selalunya kaum wanita yang dikaitkan mempunyai perwatakan bermulut murai atau bermulut becok, suka membebel atau berleter tidak mengira masa dan tempat. Walaubagaimanapun terdapat juga golongan suami/bapa yang bermulut murai. Isteri @ ibu yang bermulut murai biasanya tangannya bekerja sambil mulut bising tetapi suami yang bermulut murai, mulutnya bising semuanya tidak kena tapi dia terbaring tanpa berbuat apa-apa hanya memberi arahan dan marah-marah. Jadi sebenarnya ada perbezaan isteri mulut murai dan berleter. 

Isteri mulut murai yang sebenar adalah jenis yang suka mengumpat, mengata dan memfitnah jiran tetangga dan sesiapa sahaja yang mereka cemburui. Biasanya mereka ini mesra dengan ramai orang termasuklah orang yang mereka burukkan atau benci. Kadang2 mereka memburukkan suami sendiri sebagai contoh memberitahu semua orang yang dia sendiri mengecat rumah sedangkan suami hanya tidur, hakikatnya setiap pagi suaminyalah yang mengurus dan memandikan anak-anak dan menghantar kuih-muih ke kedai sebelum pergi kerja pejabat dan sampai ke rumah lewat petang dan menebalkan muka berhutang dengan ibu dan adik-beradik demi segala peralatan elektronik yang serba canggih dan besar di dalam rumah mereka sedangkan baju kerja suami sendiri adik-beradik suami kadang-kadang hadiahkan kerana kasihan. Permintaan mereka terhadap suami boleh jadi melebihi kemampuan suami sehingga suami berhutang keliling pinggang, mereka bijak memainkan peranan seolah segala kehendak mereka adalah keperluan yang penting, kepercayaan suami dipergunakan disini kerana tidak menyedari isterinya jenis wanita yang ingin menunjuk2. Wanita sebegini jika suaminya tidak melayani kehendaknya, ada kemungkinan anak-anak akan menjadi tempat meminta untuk keperluan yang tidak munasabah dan melampaui kemampuan anak. Tetapi mereka bijak berlakon supaya perbuatan mereka tidak kelihatan pembaziran. Sebenarnya kepercayaan anak-anak terhadap ibu telah membutakan mata anak-anak dari melihat sikap sebenar ibu mereka.

Biasa jadi si mulut laser tak? Biasa mudah sentap tak? Rasanya semua orang pernah. Semua pertanyaan itu patut berjawab--> mengikut keadaan. Kalau sepanjang masa mulut laser itu memang sah buruk perangai. Kalau anda seperti ini, berubahlah, alasan mulut laser hati baik xmenyelamatkan anda di dalam kubur. Biasanya kalau sepanjang masa mulut laser itu maknanya hatinya juga busuk xkira betapa banyak dia bantu orang kemungkinan besar tanpa disedari atau memang sedar dia menyusahkan orang 3 kali ganda lebih banyak daripada dia membantu orang. Ada juga yang bermulut laser dengan alasan tidak hipokrit. Hahahihihuhu, tiket untuk memalukan orang kononnya tidak hipokrit, tiket untuk membuka keaiban atau memburukkan personaliti orang lain secara terbuka atau sambil bergurau kononnya tidak hipokrit padahal lahir dari hati yang cemburu. Kalau sesiapa yang mempunyai kawan sebegini yang juga masyarakat biasanya menggelar mereka astro kerana sentiasa menjaja dan mengorek cerita semua orang, eloklah dijauhi, janganlah dijadikan rakan rapat. Lambat atau cepat dia akan merosakkan sahabat dia sendiri dan apa sahaja perkataan buruknya tentang anda kebarangkalian besar dipercayai orang kerana dia rakan rapat anda walhal dialah yang paling besar cemburunya pada anda.

Manusia mulut laser kata manusia spesies mulut laser ni life diorang tak hipokrit. Ya ker xhipokrit, laser mereka bukan mengikut keadaan tetapi sepanjang masa, laser mereka mengaib dan menyusahkan orang bukannya mengaibkan diri-sendiri so hipokrit la tu. Betul ker manusia jenis macam ni, tak main lah cakap2 belakang. Sudah tentu tidak, kalau kat depan dah macam itu, kat belakang lagilah. Mereka adalah manusia yang paling tidak boleh dipercayai.

Untuk orang lelaki pula, mulut jangan cepat nak kata pasangan anda emosi sedangkan emosi dia bersebab dan lebih parah sebabnya adalah dari kesilapan anda sendiri. Sudah tentu perang besar. 
Bak kata Dora the Explorer, bila buat salah " say sorry and you fix it tooooooo". Minta maaf cepat2, baiki cepat contohnya, kalau hutang duit bayar duit, hutang fitnah pergi betulkan balik fitnah itu dekat orang-orang yang telah anda sebarkan.  Sakit hati tidak dapat diubati dengan hanya perkataan maaf. Ingat, minta maaf demi kesejahteraan anda di hari kiamat so jangan minta maaf bagai melepas batuk di tangga. Bagilah hadiah untuk jangka masa yang panjang demi merawat hati kerana mangsa hanya memaafkan tetapi yang Maha Pengampun adalah Allah. Dia memaafkan kerana Allah, tetapi kalau setiap malam masih menangis sakit hati teringatkan perbuatan anda adakah anda tidak berdosa? Jadi bersungguhlah dalam meminta maaf, biar habis beribu dalam meminta maaf barulah anda takut nak buat salah lagi, takut habis duit. Huhu...

Bila mulut lelaki selalu laser? Bila tengok pompuan la. Semua dia details. Tak kira cantik atau huduh. Kalau sekumpulan lelaki kat memana, boleh dikatakan semua awek yang lalu jadi topik. Kalau sekumpulan aweks lepak, lalula berapa ramai lelaki kalau xkacau diorang, diorang xambil port pun. Pompuan hanya cakap pasal lelaki bila diorang masuk topik tu jer dan biasanya lebih kepada bintang pujaan mereka. Ya six pack bagai semuanya cerita, lagi menjadi bila mereka wanita yang sudah kahwin. Wanita bila tengok televisyen seperti lelaki juga, tgk pemain bola walaupun mukanya buruk tapi badan yang tegap itu dia nampak, perut yang leper. Lelaki yang dah kawin tanyalah pada isteri, bontot pemain bola mana yang paling cantik? Saya ada jawapannya, paling kurang 2 nama saya boleh bagi. Tapi tanyalah sendiri... Sebab itu lelaki eloklah pakai jubah, kesian wanita. Takut berdosa jer.

Saya ada kenal 2 jenis wanita, satu jenis pandai bercakap mulut manis lemah lembut tutup aurat sarung kaki segala orang tua pun suka tapi sebenarnya agak gatal. Dia pandai bercakap dan suka bercakap, ketawanya lembut jer. Lelaki sukala tambah2 suami orang. Semua dia layan dalam lembut dan dia suka mengetahui dirinya disukai, dia fikir kelembutan dan kealimanmya membuatkan lelaki tertarik. Wanita jenis ini biasanya mempunyai rupa paras yang biasa saja, lelaki bujang, suami orang, kaya @ miskin semuanya dia suka berbual tidak kira sambil makan berdepan berdua beramai berfacebook sampai tengah malam pun dia layan atas nama kawan tapi dalam rasa seronok rasa diri diminati. Tapi biasanya lelaki bujang yang popular jarang meminati wanita ini. Dia pandai mengumpat orang kerana kelihatan seperti tidak mengumpat, dia mengumpat dengan tenang lembut ketawa manja seolah-olah sedang menceritakan sesuatu yang kelakar atau memburukkan orang lain dengan memuji orang lain sebagai perbandingan dalam perbualan yang mesra. Mereka berkebarangkalian menjadi pemfitnah dan juga penipu yang mudah dipercayai kerana penampilan mereka yang mungkin juga sangat rajin dalam beribadat.

Wanita kedua pula jenis pandai bercakap tutup aurat dan disukai orang tua tetapi mereka tidak gatal selalunya bertudung labuh. Mereka bercakap dengan lelaki biasanya dalam urusan kerja tidak berhubung melalui facebook atau telefon dengan lelaki atas nama kawan dan berbual kosong melainkan urusan kerja. Rupa paras mereka juga biasa tapi mereka tidak tampil dengan ketawa lembut manja dan suara yang lembut, suara mereka tidak nyaring tetapi tiada manja lebih kepada tegas. Kadang-kadang mereka laser terhadap lelaki terutama dalam perihal agama. Mereka tidak mengumpat hal orang lain. Ibadat dan amalan mereka biasanya tidak diketahui.

Ada satu lagi wanita, pendiam dan harga dirinya sangat tinggi, pandai berdikari dan tidak ralat berada di mana-mana majlis @ tempat. Rupa paras cantik dan popular. Mudah mesra dengan orang yang baru dikenali tetapi tidak lelaki terutama suami orang. Kuat pegangan agama dan berani kerana benar (garang bertempat).

Satu lagi wanita, rupa paras biasa, mesra dengan semua orang, tidak minat lelaki miskin tetapi suka orang fikir dia ramai peminat dan perasan cantik. Ucapan selamat malam dari seorang kawan lelaki yang galak pun cukup untuk dia hebahkan at least kepada sahabat baiknya seolah-olah lelaki itu cuba menguratnya. Dia tidak melayan tetapi dia ceritakn kepada orang lain. Lelaki berduit adalah pilihannya.




Ubat Doa dan Penyembuh Segala Penyakit

****UTK SEMUA AMALAN DI BAWAH > MULAKAN DULU DGN AL-FATIHAH DAN AYAT KURSI****


1) Penyakit 3 serangkai (Darah tinggi, kecing manis dan penyakit jantung)
- Baca Al Fatihah
- Ayat Kursi
- As-Syuara' ayat 80
- Yunus ayat 57
- Al- Hasyru ayat 21
** Dilakukan sebelum tidur, ambil tangan kanan, letak di dada, baca ayat2 tersebut, tarik nafas dan hembus. Ulang sebanyak 3x.

2) Bagi ibu hamil yang mengalami alahan
- An-Nahlu ayat 78

3) Utk kuatkan rahim dari keguguran
- An Nahlu ayat 78 dan
-Al Mukminun ayat 11-14

4) Penyakit kulit : Eczema, sopak, kanser, gatal
- Al- Anbiya' ayat 39

5) Senggugut/ Istihadhah/ Tiada haid/ Terlalu byk haid dan segala masalah haid
- ambil madu asli, seperti biasa baca Fatihah dan ayat kursi, then bacakan ayat 69 surah an Nahlu sebyk 21 kali dan diminum madunya.

6) Sakit kepala/ Migraine/ Depression
- Al Waqiah ayat 19 dibaca pada tangan kanan dan diletakkan tgn tersebut pada kepala yang sakit.

7) Supaya syaitan/iblis tidak mengikut kita hingga ke rumah (contohnya waktu pulang dari mana2)
- Baca At-Toriq ayat 4 sblm masuk ke dalam rumah

8) Lewat mendapat jodoh akibat gangguan2
- Ar -Rum ayat 21

9) Penglihatan kabur/ bercermin mata
- Surah Qaff, ayat 22...baca start dgn fakasyafna... baca pada carrot 14x, dan dikunyah carrot mentah tersebut
Ataupun Membaca selawat syifa, sampai pada ayat "wa nuril absar"...ulang 7x dan sapu pada mata.
Ataupun, ketika azan berkumandang, ambil 2 ibu jari diletak pada mata sewaktu ayat Waashaduanna muhammadarrasulullah..

kenapa bayi tersedu?

Pelbagai fakta saintifik yang KMB jumpa bila surfing tentang sedu begitu juga dengan sedu bayi.
Untuk diri KMB sendiri, KMB buat kesimpulan sedu berlaku kerana kekurangan air @ oksigen dalam badan.
Kesimpulannya setiap kali KMB tersedu, KMB akan minum 1-2 gelas air. Kebiasaannya segelas air sudah memadai untuk menghilangkan sedu KMB, paling banyak pun 2 gelas (sekali-sekala). Walaupun KMB tidak rasa dahaga tapi mungkin badan KMB lebih tahu tentang keperluan air@oksigen dalam tubuh, so KMB minum jerlah dan alhamdulillah sentiasa berkesan menghilangkan sedu.
Begitu juga dengan anak-anak KMB, setiap kali mereka tersedu, KMB akan suruh mereka minum air dan alhamdulillah sedu mereka hilang.
Ketika anak2 KMB masih bayi memang kerap tersedu, walau KMB baru jer bagi mereka susu, rasa macam xlogik pula xcukup air tp memandangkan baby xboleh bercakap untuk bagitahu mereka dahaga so KMB bagi jerlah susu @ air zam zam setiap kali bayi tersedu dan alhamdulillah sedu bayi KMB tidak berpanjangan.
Kenapa KMB kata badan memerlukan air@oksigen adalah sebab setiap kali minum air, sedu KMB terus hilang. Air (H2O) jadi samada air atau oksigen lah diperlukan tubuh. KMB xpernah pula buat kajian secara saintifik.