Wednesday, 2 November 2011

WARNA

Menilai karakter orang melalui warna? Saya tak berminat menggunakan kaedah ini untuk menilai seseorang.  xpercayalah i. Kebanyakan orang yang sudah tidak bergelar kanak2 meminati warna yang sesuai dengan warna kulit mereka, menyerlahkan kecantikan/kehenseman mereka atau warna parti politik yang mereka sokong dsb. Bagi kanak2 mungkin boleh kot dinilai melalui warna kegemaran tapi xboleh jugak sebab biasanya kanak2 tertarik pada warna terang dan kebanyakan kanak2 yang saya jumpa minat warna merah.

Biru (Blue)
Karakter seseorang yang meminati warna biru boleh dikatakan memiliki sifat yang romantik dan lebih kepada rasa dalaman. Jenis personaliti seperti ini cenderung kepada sifat yang setia, menghargai sesuatu perhubungan sesama manusia, suka pada pergaulan, kadangkala suka berimaginasi dan nampak tenang dalam hubungan cinta.
Namun begitu, mereka adalah jenis yang sensitif dan kurang memberi saing kepada orang lain. Ini kerana jenis personaliti seperti ini terlalu mengikut rasa sensitiviti dalaman dan menghargai rasa orang lain.
Kebanyakan personaliti biru ini ada pada artis, penyajak, penulis, ahli musik, ahli philosofi.

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.
1. Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2. Biru Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.



Alkisahnya, ada seorang jejake ni yang sedang mengurat saya. Dalam kami duk berkawan, di suatu hari berborak-borak dan tetiba tanya kaler kegemaran saya, bosannya, im not that kind of girl yang suka bercakap tentang diri-sendiri dengan lelaki yang xada apa2 relationship, kalau asben ker minat jugak nak bercakap tp lelaki ni masa bercinta jer bersungguh nak tau, kalau dah kawen esok2 jangan harap nak tanya in case belum tau. Maka terkial-kial la saya menjawabnya kerana dah lama xamik tau. Kecik2 dulu suka kaler biru, dah remaja suka kaler itam sebab kenkononnya ganas walaupun sumer orang kata saya manja but i don't feel like so. Pastu xtau dah kaler apa suka, kejap rasa coklat warna yang senang nak machting ngan sumer kaler. Pastu hijau pastu kuning pastu merah pastu putih. Berbalik pada citer tadi, pastu tanpa ditanya, jejake tu bagitaula kaler kegemarannya biru, dalam hatiku, yerla sangat lelaki cam dia ada kaler kegemaran. Padahal nak suruh saya anggap dia romantik, geli gelemang. sorry, Saya xnilai orang dari segi warna. Kalau dia kata masa kecik dia minat biru okei la tapi dah tua-tua cenggini masih ada kaler kegemaran memang pelikla untuk lelaki. Kalau minat kaler disebabkan sentimen saya boleh faham tapi lelaki ini xada sebarang sentimen.



Hijau (Green)
Personaliti hijau merujuk kepada seorang yang tenang, stabil, penyabar, bertanggungjawab dan berfikiran lebih positif. Kebanyakan personaliti hijau lebih mementingkan ketepatan, sesuatu yang sempurna (perfectionist), well manage (lebih terurus) dan matang dari segi perwatakan.
Namun, mereka agak perlahan dalam melakukan sesuatu keputusan atau tugasan, kerana mereka terlalu mementingkan ketepatan dan mutu sesuatu yang dilakukan. Keputusan yang diambil mengambil masa kerana personaliti ini mementingkan fakta realiti.
Personaliti ini didapati ada pada pengurus keluarga, accountant, scientist atau pengkaji.
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.
Melambangkan sifat-sifat positif, intelek, kekuatan diri, berprinsip di dalam hidup, sentiasa sihat, segar, ceria dan berlapang dada, sentiasa menerima teguran dan bercita-cita tinggi.
Salah satu warna kegemaranku, salah satu sebabnya adalah kerana bagus untuk mata.

Merah (Red)
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.
1. Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

2. Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

Salah satu warna kegemaranku salah satu sebabnya adalah salah satu warna dalam bendera negeriku tercinta.


Kuning (Yellow)
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.
Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

Warna kegemaran buat masa ini, akan terkeluar dari senarai tapi xtau bila.

Kelabu (Grey)
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.




Hitam (Black)
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.




Coklat (Brown)
Warna ini seringkali menunjukkan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.




Ungu (Purple)
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.




Putih (White)Warna putih melambangkan kesucian dan kebenaran yang dituju, keyakinan pada diri sendiri, istiqamah di dalam melaksanakan tugas dan kerja sehingga mencapai kecemerlangan. Warna putih juga melambangkan nilai-nilai murni yang sentiasa diamalkan setiap masa.

Warna putih juga melambangkan kesucian, keikhlasan, kebersihan ; ianya adalah lambang kepada warna sifat-sifat semulajadi (Fitrah) sebagai seorang insan sesuai dengan maksud sebuah hadis : Setiap manusia itu dilahirkan putih bersih, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan ianya Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Juga salah satu warna kegemaran.


Kesimpulan:
Hampir semua warna saya minat, jadi banyaklah ciri-ciri saya. Haha. Kalau bercakap tentang sifat-sifat, rasanya semua sifat ada pada manusia cuma macamana kita mengawalnya. Kalau cakap kita garang, betul3. Kalau cakap kita lemah-lembut pun betul3 jugak. Sifat-sifat yang betul-betul ketara tidak mungkin boleh pakai teori kerana dalam teori tu banyak sangat sifatnya, mestilah ada jugak yang mengena. Cuba bagi yang betul2 spesifik. Mampu?

Tuesday, 1 November 2011

artis kembar

1. Nurul Syuhada vs Lisa Surihani
 


2. Kembar siam: Nurkhiriah, Linda Onn & Heliza







3. Nor Azlina Redzuan vs Neelofa






Bagi saya muka dua orang ni sebijik, norazlina kena lebihkan make-up dekat mata seperti neelofa, usia saja berbeza. Ini gambar norazlina masa dulu.

WANITA CANTIK

 13. DIAN SASTROWARDOYO

12. KAJOL MUKHERJEE - mata yang cantik dan rambut ikal yang lebat menawan beserta bibir penuh membentuk senyuman manja yang sangat manis.




11. Kwon Sang Woo


10. Wardina Safiyyah




9. Marshanda


8. Nia Ramadhani - Matanya menyerlah dengan rambutnya yang cantik lebat dan ikal mayang.



 7. Gemma Ward



6. Erra Fazira


5. Kanak-kanak Afghanistan - don't know her name tapi orang afghanistan memang mata cantik2.


4. Song Hye Gyo - Bermata korea luas dan ripit, sangat cantik dan manis. Mata kucing.




3. KRISTIN KREUK - Si manis bermata kucing seksi dan ayu. Mata besar dan ripit yang sangat cantik.
 


2. Aishwarya Rai - Wanita paling cantik di dunia.
                                                        Aishwarya Rai & Bipasha Basu

Bipasha Basu salah seorang peminat Aishwarya Rai. Apa yang menjadikan wanita cantik kekal menarik walau ada wanita lain yang jauh lebih cantik adalah mengakui kecantikan wanita paling cantik itu. Membenci wanita yang paling cantik tidak akan menjadikan wanita kedua cantik itu paling cantik malah menghilangkan keyakinan dan kecantikannya. Memuji wanita yang tidak cantik sedangkan disaat itu ada wanita paling cantik tetapi langsung tidak dipedulikan tidak akan membuatkan wanita paling cantik jadi tidak cantik tetapi menjadikan kita wanita paling hodoh dan wanita tidak cantik yang kita puji itu semakin rosak.



1. Of course my Nephew... hehe.







Mengesan Kejujuran Melalui Gerak Mata

 

Ketika menjawab pertanyaan atau bercerita, jika bola mata orang tersebut bergerak ke arah kiri maka kemungkinan jawabannya jujur.  Sebaliknya bila ia bergerak ke arah kanan kemungkinan orang itu sedang mengatakan sesuatu yang bohong atau berbohong. Hal ini berlaku kerana bahagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory, sedangkan otak kanan untuk kreativiti.  
    Jika bola mata ke kiri maka ini bermakna dia sedang berusaha mengingati sesuatu sedangkan sebaliknya jika bola mata ke arah kanan berarti dia sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu yang baru sebagai jawapan. Ini berlaku kerana bahagian kreativitinya sedang bekerja untuk mengarang atau mereka cipta suatu cerita bohong.
Peringatan :  Adalah sedikit sukar membaca arah gerak bebola mata seseorang di kaca televisyen kerana kadang kala gambar adalah dalam keadaan flip (gambar songsang) kecuali terdapat tulisan pada baju atau mana-mana bahagian yang menunjukkan keadaan adalah tidak flip.


Mengesan kejujuran melalui saiz anak mata
    Begitu juga dengan saiz anak mata.  Anak mata mereka yang jujur akan membesar ketika berbicara, manakala saiz anak mata mereka yang berbohong akan mengecil.  Walauapapun latihan membaca anak mata amat perlu supaya tidak terkeliru dengan bukaan akibat gangguan cahaya dengan bukaan kerana psikologi. 
Namun ia hanya sebahagian sahaja bahasa badan yang boleh dijadikan petunjuk awal tentang sesuatu kejujuran.  Oleh itu jangan terlalu prejudis tanpa melengkapkan ilmu bahasa badan lain sebelum membuat sesuatu tuduhan. Wallahualam.